Pages

Hanifa wif luv��

Hanifa wif luv��

Panduan Penyimpanan Susu dan Mencairkan Susu Beku

Menyimpan Perahan Susu Ibu

Perahan susu ibu yang baru boleh dibiarkan pada bilik yang berhawa dingin (Air Cond), (kurang daripada 25 ° C atau 77 ° F) selama 6-8 jam.Manakala pada suhu bilik yang biasa di Malaysia khasnya, perahan susu ibu yang baru hanya boleh dibiarkan selama 4 jam.Perahan susu ibu yang tidak digunakan mestilah disimpan di dalam peti sejuk dalam jangkamasa yang tersebut. 




Bekas Untuk Menyimpan Perahan Susu Ibu

Gunakan bekas kedap udara contohnya seperti balang kaca atau bekas plastik keras yang bertutup.Beg beku / beg penyejuk bersama pad penyejuk (cooler bag & ice pack) yang khas juga boleh digunakan.Jangan gunakan plastik yang nipis untuk menyimpan perahan susu ibu kerana ia mudah terkoyak dan mudah rosak.

Membersihkan Bekas Penyimpanan Susu

Untuk kepentingan kesihatan bayi, bekas yang digunakan perlulah dibasuh dengan menggunakan air panas yang bersabun dan juga dibilas dengan air panas. Biarkan bekas mengering dengan sedirinya di atas permukaan yang kering, bersih serta jauh dari punca makanan.

Tips Penyimpanan Perahan Susu Ibu




Sejukkan perahan susu ibu yang baru sebaik-baiknya dalam tempoh 1 jam.Labelkan bekas dengan meletakkan tarikh dan masa.Simpan perahan susu ibu dalam jumlah yang kecil untuk mengelakkan pembaziran.Sentiasa menyejukkan perahan susu yang baru sebelum meletakkan bersama susu lain yang telah sejuk atau yang telah beku.Tinggalkan ruang kosong sekurang-kurangnya 1 inci tinggi di dalam setiap bekas yang digunakan untuk menyimpan perahan susu ibu.



* Jika bayi anda pramatang (dilahirkan terlalu awal) di hospital, anda boleh bercakap dengan jururawat berkenaan penyimpanan perahan susu ibu dan cara untuk membersihkan bekas. Anda juga boleh meminta bantuan pihak hospital untuk disterilkan bekas susu.

Perahan Susu Ibu Boleh Disimpan Dengan Menggunakan Cara-Cara Yang Berikut:




Penting:
Letakkan bekas yang mengandungi perahan susu ibu di dalam peti sejuk atau peti beku di bahagian yang paling dalam dimana ianya adalah yang paling sejuk.
Buang segera mana-mana perahan susu yang telah luput.

Mencairkan Perahan Susu Ibu Yang Telah Beku

Susu beku yang telah dicairkan boleh disimpan semula di dalam peti sejuk selama 24 jam. Jangan membeku semula susu yang telah cair.


Semak tarikh pada bekas simpanan susu ibu. Gunakan bekas yang mempunyai tarikh yang paling hampir

Cairkan perahan susu beku dengan membiarkannya di dalam peti sejuk selama 4 jam ATAU ...

... meletakkan bekas perahan susu ibu dibawah aliran air paip. Apabila ia telah mula mencair, anda boleh merendamkan ke dalam air suam <40 br="">
Jangan sekali-kali mencairkan perahan susu ibu yang telah beku pada suhu bilik.

Memanaskan susu ibu dengan meletakkannya ke dalam bekas yang mengandungi air suam <40 br="" c.="">
Jangan mencair atau memanaskan susu ibu dengan menggunakan dapur memasak atau ketuhar gelombang mikro. Jangan membeku semula apabila susu telah cair.

Tips Memberi Minum Bayi:
Goncangkan susu ibu yang telah suam dan lakukan ujian suhu dengan meletakkannya di pergelangan tangan anda sebelum memberi minum bayi. Kendalikan bayi anda samada dengan cara mendukung atau memangku apabila memberinya minum. Ingat! masa penyusuan anda dan bayi adalah aktiviti eksklusif yang menyeronokkan. Bercakap-cakap dengan bayi dan memberikan banyak senyuman padanya juga boleh membantu menceriakan suasana. Mengusap belakang bayi sekiranya perlu sendawa dan mengelakkan dari muntah.
Guna susu ibu yg telah disuamkn dlm 1jam shj

No comments:

Post a Comment