Pages

Hanifa wif luv��

Hanifa wif luv��

ANJING GILA

Salam..
Pagi ni topik digigit anjing gila. Dalam pukul 6pg, seorang pesakit Cina dtg dengan aduan digigit anjingnya yang mengamuk. Memang kesian la keadaan dia, ade beberapa luka gigitan di bahagian tangan dan kaki. Katanya nak suruh anjingnya masuk dalam sangkar tp...
Check Vital sign semua normal. Dr tengok then bagi ubat tahan sakit IV Dynastat dan anti tetanus ( ATT) untuk elak risiko jangkitan pada luka pesakit tu. Buat cucian luka/ dressing. Dr plan untuk jahit ( toilet and suturing ) tp memandangkan terlalu byk luka tu terpaksa dimasukkan ke dewan bedah dan jumpa pakar.

 



SUDUT ILMU

Mengikut perangkaan yang dikeluarkan oleh Pusat Kawalan Penyakit AS, 4.7 juta rakyatnya digigit anjing pada setiap tahun yang mana antara 12 hingga 20 orang tidak dapat diselamatkan. Daripada 4.7 juta itu, 60 peratus daripada mereka terdiri daripada kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dengan sasaran utama adalah pada bahagian muka.

Pakar Runding Pediatrik (Kanak-Kanak), Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur, Dr. Kamaruddin Ahmad berkata, gigitan anjing yang minor seperti luka yang tidak dalam serta calar boleh dirawat di rumah sahaja.
  • ``Cuci luka berkenaan menggunakan air dan sabun dengan lembut. 
  • ``Kenakan sedikit tekanan terhadap kawasan yang luka dengan tuala bersih bagi memberhentikan pendarahannya,''
 
Penyakit Anjing Gila (Rabies )

Atau hidrofobia merupakan suatu penyakit virus pada sistem saraf pusat yang mungkin ditularkan kepada manusia melalui gigitan anjing berjangkit.

Agen Penyebab : Virus Rabies

* Boleh menyebabkan gangguan pada susunan saraf pusat
* Selain dari anjing binatang (Liar) lain juga boleh menjadi pembawa kepada penyakit ini antaranya kera, kelawar DLL

Tempoh Pengeraman :
- 10 hari - 7 bulan

Tanda dan Gejala :
  • demam ringan, sakit kepala, tiada selera makan, lemah, mual, muntah, sakit pada tempat gigitan.
  • gejala diatas akan berlaku dengan cepat dan diikuti dengan tubuh menjadi kaku, kejang otot pernafasan
  • boleh menyebabkan kematian

Rawatan
imunisasi pasif dengan memberi serum anti rabies. iminisasi boleh diberikan untuk mencegah dari terkena penyakit ini.
Pencegahan
  • Elakkan dari digigit binatang liar
  • Jika digigit - terus berjumpa Pegawai Perubatan
  • Lakukan sampel dan pemeriksaan laboratorik terhadap haiwan yang di syaki dijangkiti.

Sumber Utusan Malaysia (03/04/2005)

 





LIMA PERSOALAN


Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku serta kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil. Amin




Ya Allah, janganlah Kau bolak balikkan hati setelah Kau berikan hidayahMu, sesungguhnya hanya kepadamu aku berserah...

TANGGUH KERJA

.:: Alkisah seorang yang selalu menanguh kerja ::.

“Salam ustaz… ana ada masalah.. ana selalu kerja tak menjadi. Apa yang dirancang tak pernah jadi…,” rungut Maslan.
 
“Ada contoh tak?” tanya Ustaz Rosli…
 
“Contohnya, ana cadang nak tukar bumbung rumah, tapi sampai sekarang ada hal saja yang menyebabkan ia tak jalan. Ana cadang nak tukar kerja, keluarga pula ada masalah. Ana cadang nak melancong, ada saja hal di pejabat yang mengganggu… Ana cadang nak kuruskan badan, tapi badan makin bertambah naik… semua tak jadi ustaz… tak tahu mengapa Allah buat begitu,” terang Maslan…
 
Ustaz Rosli membawa sekeping kertas dan melukis sesuatu untuk Maslan.


 
Maslan melihat ustaz Rosli melukis lima ekor burung camar yang berdiri di atas kayu…
 
“Ana nak tanya enta, jika satu daripada burung camar ini mengambil keputusan untuk terbang ke tempat lain, berapa lagi burung camar yang tinggal?” tanya ustaz Rosli.
 
Maslan melihat dengan pelik – soalan mudah ini pun nak tanya… tapi beliau tetap menjawab… “Er… empat” – seolah-olah merasakan ada udang di sebalik batu soalan tersebut…
 
“Tidak,” kata ustaz Rosli.
 
“Masih ada lima. Mengambil keputusan untuk terbang ke tempat lain dan terbang ke tempat lain adalah dua perkara berbeza? Faham maksud ustaz?” sambung ustaz Rosli.
 
Maslan tersenyum lebar – kerana mendapat jawapan kepada semua masalah yang dirungutnya.
 
Itulah realitinya – Maslan selama ini hanya bercakap nak berbuat sesuatu, tapi tidak melakukannya.
 
Berapa ramai yang mengalami masalah seperti Maslan? Seperti beliau, kita juga sama.
 
Berapa antara kita yang sudah membuat keputusan untuk berkorban, tapi akhirnya tidak dilakukan?
Berapa antara kita yang sudah membuat keputusan untuk bersuara pada sesuatu isu penting, tapi akhirnya tidak dilakukan?
Berapa antara kita yang sudah membuat keputusan untuk memperbanyakkan solat, bersenam, mengawal pemakanan, tapi akhirnya tidak dilakukan?
Berapakah antara kita yang sudah membuat keputusan untuk berubah, tapi akhirnya tidak dilakukan?
 
Ingatkan, membuat keputusan untuk terbang dengan sudah terbang adalah dua perkara berbeza.
 
Sudah buat keputusan untuk terbang? Maka terbanglah!
 
Senyum.

WANITA DAN WANG

WANITA DAN WANG

Oleh Irfan Khairi



Tidak seperti dulu, wanita hari ini mempunyai kuasa dan potensi menjana pendapatan yang lebih. Tidak dinafikan juga lebih ramai wanita yang bergelar graduan setiap tahun, serta ramai yang memanjat tangga korprat dalam setiap indstri. Kebanyakan keputusan belian untuk isi rumah juga dilakukan oleh wanita, dan ia juga dikatakan majoriti wanita menguruskan pembayaran bil keluarga.

Namun terdapat kajian mengatakan wanita masih kurang dalam membina kekayaan, melabur dan mempunyai perancangan kewangan jangka panjang. Mengapa ini terjadi?

Sifat wanita juga yang lebih berjaga-jaga dan berhati-hati membuatkan golongan ini sukar untuk mengambil risiko kewangan. Sememangnya sifat ini adalah baik terutamanya dalam meminimakan kerugian dalam kewangan. Sering juga dilihat bahawa lebih ramai golongan lelaki yang terjerumus dalam skim-skim pelaburan yang hanya meleburkan wang mereka sahaja. 

Sifat berjaga-jaga dan berhati-hati ini merupakan asset yang amat berharga untuk golongan wanita lebih mendalami segala ilmu pelaburan sebelum membuat sebarang keputusan.

Oleh kerana golongan wanita merupaka pembuat keputusan belian dalam isi rumah seperti membeli belah pakaian keluarga, isi dapur dan pengurusan bil dan lain-lain,membuatkan mereka melihat transaksi kewangan jangka pendek sahaja dan kurang mengambil masa melihat pengurusan kewangan jangka panjang.

Satu lagi sebab yang mungkin membuatkan golongan hawa kurang mencapai matlamat kewangan jangka panjang adalah sifat kasih sayang wanita yang sering mengutamakan pada anak dan keluarga dalam jangka masa pendek. Semestinya sanggup berkorban apa sahaja termasuk kewangan demi kepentingan keluarga.

Sifat-sifat wanita yang disebutkan ini sememangnya merupakan satu anugerah yang tidak ternilainya. Namun, pada waktu yang sama ia juga boleh menjadi penghalang dari segi kewangan. Di zaman informasi ini, amat mudah mendapatkan infomasi di hujung jari sahaja. Golongan wanita zaman ini tidak lagi seperti dulu, dengan lebih ramai  yang bergelar graduan, usahawan, ahli korporat dan juga surirumah yang amat peka dengan selok belok kewangan. Dalam memperkayakan diri dan keluarga dari segi kewangan, kita perlu perkayakan diri dengan ilmu kewangan!

MEMBAZIR WANG

MEMBAZIR WANG

Adakah anda sanggup keluarkan wang satu ringgit dari poket anda dan koyak-koyakkannya? Pastinya jawapan anda adalah, TIDAK. Sebab apa? Sebab anda tidak akan membazir wang sebegitu. Tetapi, tanya pada diri sendiri. Pernah atau tidak anda membeli majalah atau buku, dan meletakkanya ke tepi di mana kemudian anda tidak sempat membacanya? Atau membeli baju baru, dan hanya sedar selepas beberapa bulan anda hanya memakainya sekali sahaja? Pernahkah anda membeli sesuatu yang anda rasakan amat anda mahukannya, tetapi, sedar tak sedar, anda tidak perlukannya?

Pastinya pernah bukan? Ianya terjadi pada ramai antara kita.

Apabila melihat wang ringgit di tangan, semestinya kita sayangkannya  oleh kerana penat lelah kita bekerja untuk mendapatkannya. Tetapi, bila datangnya masa untuk berbelanja dan membeli, adakalanya nilai barang yang dibeli sudah tidak dapat dilihat, dan di sini pembaziran pun berlaku.

Berikut adalah 6 sebab mengapakah pembaziran berlaku:



  • Kita memberi alasan untuk berbelanja. Kita sering memberi sebab mengapa kita perlu berbelanja, seperti "aku dah kerja keras, aku berhak berbelanja untuk kepuasan diri". Tidak kira, sama ada untuk membeli sesuatu yang mahal, makan minum yang mewah atau percutian diluar kemampuan. Adakalanya juga kita yakinkan diri sendiri untuk menjaga ego kita bahawa kita mampu berbelanja sedemikian.
  • Kita tak mahu dilihat kedekut. Adakalanya kita fikirkan apa orang lain berangapan mengenai kita. Kita rasakan orang akan menganggap kita kedekut sekiranya kita kurang berbelanja. Untuk meningkatkan keyakinan diri, kita berbelanja supaya mendapat apa yang dianggap persetujuan dari orang lain.
  • Kita rasakan ianya sukar untuk memahami kewangan. Alasan tidak memahami perihal kewangan juga sering diberi, seperti, "aku tak pandai dengan angka", "aku tak akan jadi kaya", sukarnya memahami pelaburan" dan sebagainya. Alasan sebegini juga mengukuhkan lagi sebab mengapa kita perlu berbelanja dan membazir dan tidak pula menyimpan dan melabur.
  • Kita suka pada kepuasan sebentar. Apabila emosi menguasai perasaan ingin membeli, pastinya kita akan membeli sesuatu itu, tidak kira sama ada perlu ataupun tidak. Kepuasan sementara yang dialami apabila mengeluarkan wang dan mendapatkan sesuatu itu dirasa bagaikan satu nikmat yang amat sangat.
  • Kita tidak mengaku (atau tahu) berapa sebenarnya perbelanjaan kita. Pernah kah kita mengira berapa sebenarnya perbelanjaan bulanan anda dengan tepat? Selalunya tidak. Mungkin anda mengira bil telefon anda, bayaran rumah, ansuran kereta, bajet makan minum sebulan, serta anda juga mengira wang untuk hiburan dan sebagainya. Tetapi, bagaimana pula dengan perbelanjaan yang datangnya sekali sekala seperti bayaran insurans kereta dan cukai jalan, bayaran servis kereta, baik pulih rumah, temujanji doktor gigi setahun sekali dan sebagainya? Adakah perbelanjaan sekali sekala ini dikira dalam bajet bulanan? Selalunya tidak dan ini yang mengakibatkan kita tidak dapat lihat perbelanjaan sebenar dan mengakibatkan pula kita berbelanja lebih.
  • Kita melengah-lengahkan masa menguasai wang. Saya yakin ramai antara kita ingin memperbaiki kewangan diri. Sama ada dengan cara ingin melabur, atau ingin memulakan perniagaan atau ingin pelajari skil baru untuk menambahkan lagi pendapatan. Namun, kita melengah-lengahkan masa dan tidak meletakkan ini sebagai  prioriti. Akibatnya, kita berbelanja dam membazir sehingga tiba waktu yang terbaik untuk kita mulakan langkah kita memperbaiki kewangan.

Dengan memahami dan mengetahui sebab kita membazirkan wang, maka kita setapak lagi kehadapan dalam memahami tabiat kewangan kita. Mudahan kita akan ingat 6 sebab ini sebelum kita melakukan pembaziran.

BAJET JADI JUTAWAN

BAJET JADI JUTAWAN
Oleh: Irfan Khairi

Sering kali, mereka yang digolongkan sebagai 'jutawan' mempunyai matlamat kewangan yang besar dan jelas, merangkumi matlamat menyimpan, matlamat melabur dan juga matlamat mengembangkan lagi kekayaan mereka.  Mereka percaya bahawa wang yang disimpan, adalah satu pendapatan.

Langkah permulaan bagaimana mereka boleh mereliasasikan matlamat ini, adalah dengan mempunyai bajet. Asas kepada bajet adalah dengan "bayar diri sendiri" 10% dari pendapatan kita terlebih dahulu setiap bulan sebelum membelanjakannya. Dengan cara ini, kita memastikan simpanan 10% tidak diusik sebelum membelanjakan baki pendapatan bulanan kita.

Sekiranya gaji kita dapat adalah RM3,000, maka, pastikan simpan RM300 terlebih dahulu sebelum menyentuh baki RM2,700 untuk perbelanjaan yang lain.

Ada juga yang kata, nak simpan 10% dari gaji bulanan pun susah sebab duit tak akan cukup .Bagaimana pula dengan ini?

Nasihat saya, sekiranya sukar menyimpan 10%, mulakan dengan kecil. 1% juga memadai. Sekiranya gaji RM3,000, takkan tak boleh simpan RM30 dulu kan? Sehingga kita selesa dengan menyimpan 1% terlebih dahulu, naikkan pula simpanan kepada 2% (RM60), kemudian 3% (RM90), kemudian 4% (RM120) sehingga kita rasa mudah dan selesa menyimpan 10% (RM300)!

 
Cara seterusnya untuk bajet diri sendiri adalah, kita perlu bajet wang selebihnya untuk perbelanjaan harian.


Bajet besar tetap, seperti bayaran kereta, rumah dan bil telefon bimbit sering kali adalah bajet yang mudah dilakukan. Namun, yang susah dan sering "terlari bajet" adalah pada perbelanjaan berubah seperti makan minum, membeli belah, hiburan, dan perbelanjaan-perbelanjaan kecil lain. Sikit-sikit, lama-lama jadi juga bukit!

Sediakan beberapa balang kosong untuk setiap perbelanjaan berubah anda, dan labelkannya. Contoh, satu balang di labelkan "Makan & Minum", balang kedua ditulis "Pengangkutan", balang ketiga "Hiburan", balang ke empat "Pakaian/hadiah" dan balang ke lima "lain-lain".

Berdasarkan perbelanjaan kasar bulan-bulan yang lepas, masukkan sejumlah wang tunai ke dalam setiap balang tersebut- ini adalah bajet bulanan anda!

Apa yang anda perlu lakukan adalah biasakan diri untuk membelanjakan hanya wang di dalam balang bajet anda sahaja dan tidak lagi mengeluarkan wang dari simpanan anda. Sekiranya bajet dalam satu balang telah habis, dan anda perlu menggunakan lagi wang untuk tujuan balang itu, apa yang anda boleh lakukan adalah, ambil dari balang yang lain - gunakan bajet lain, tetapi ingat, amat penting untuk tidak mengeluarkan dari simpanan lagi.

 Wang yang disimpan, adalah pendapatan juga!



RAHSIA PERNIAGAAN WAKTU PAGI

RAHSIA PERNIAGAAN WAKTU PAGI
Oleh: Irfan Khairi





Waktu pagi adalah waktu paling efektif mental dan fizikal kita selepas berehat malam hari. Orang-orang yang berjaya ramainya mengamalkan bangun awal dan memulakan kerja awal. Sekiranya anda berniaga, maka, mulakan aktiviti perniagaan anda awal pagi!

Setiap manusia mempunyai had dari segi tenaga yang mereka ada. Sering kali selepas berehat secukupnya pada waktu malam, tenaga dalam diri akan berada di tahap yang terbaik. Penyelidikan ada menyebut, waktu malam ketika tidur adalah waktu untuk sistem bandan kita memperbaiki diri. Ada juga penyelidikan mengatakan bahawa ketika tidur, memberi peluang minda kita untuk menyusun semula segala pemikiran kita di bawah sedar.

Apa pun, rehat yang secukupnya di waktu malam akan memberi minda kita peluang untuk mempelajari lebih banyak perkara pada keesokannya. Tanpa rehat yang cukup, kita umpama kereta yang perlu tukar minyak pelincir!

 
Konsep Pereto 80/20 mengatakan, 20% daripada usaha dan masa kita apabila memberi fokus yang terbaik akan memberi pulangan perniagaan dan produktiviti 80%. Sering kali, waktu pagi adalah waktu terbaik dan paling jelas minda dan tenaga kita berfungsi- beri fokus yang sebaiknya di awal setiap hari.

Waktu ini juga adalah waktu terbaik untuk mendapat idea-idea baik untuk perniagaan kita. Salah satu teknik minda yang boleh kita amalkan adalah untuk merancang hari esok sebelum tidur. Ertinya, segala niat dan perancangan, di fikirkan sebelum melelapkan mata, dan apa akan jadi adalah ketika tidur, minda separuh sedar akan berfungsi untuk mencari jalan mencapai matlamat yang difikirkan itu.

Ikon-ikon usahawan seperti Bill Gates, Donald Trump, Oprah Winfrey dan ramai lagi, dan mereka mengatakan bahawa antara rahsia kejayaan adalah bangun awal pagi dan mulakan aktiviti untuk perniagaan di awal pagi.

Sebenarnya, tidak perlu melihat ikon barat mengenai rahsia berpagi-pagi ini. Hadis telah sedia menyebut:

"Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari" (Diriwayatkan al-Baihaqi)

Tidak dinafikan, pengalaman saya menemubual ramai usahawan dan orang yang berjaya, kesemuanya mempunyai tabiat bangun awal dan mulakan kerja di awal hari. Terlalu banyak rahsia pagi yang belum disingkapkan oleh manusia- namun, apa yang pasti, sekiranya anda mengamalkan memulakan kerja anda di awal pagi, selepas rehat yan secukupnya, anda akan dapat merasa tenaga, momentum dan motivasi yang amat luar biasa setiap hari!

KESAN FIKIRAN NEGATIF

KESAN FIKIRAN NEGATIF
Oleh: Irfan Khairi

Kita sedia maklum bahawa untuk berjaya perlu berfikir positif. Sehingga bagaikan satu cliché sering disebut oleh pakar-pakar motivasi bila berceramah. Namun, berfikir positif setiap masa bukannya perkara yang mudah.

Berfikir negatif  ada tempatnya juga, bukan setiap masa perasaan berfikir negatif seperti marah, sedih, cemburu, duka, bengang dan seumpama dengannya tidak akan terlintas dalam diri kita. Sebagai manusia, pastinya kita akan merasa juga perasaan-perasaan ini.

 
Apa yang penting adalah untuk kita menyedarinya dan dengan pantas, alihkan fikiran tersebut supaya fikiran negatif tidak memakan diri kita sendiri. Dengan menyedari dan mengetahui apakah kesan-kesan negatif yang akan terjadi pada diri kita, ia merupakan langkah awal untuk kita alihkan tumpuan kepada perkara yang lebih positif.



    •    Negatif terhadap diri 
Negatif terhadap diri sering dikaitkan dengan perasaan tidak yakin dengan diri sendiri. Kita akan sering melihat orang lain lebih berilmu, lebih berpengalaman dan lebih bagus dari kita, dan sering memperlekehkan kupayaan diri kita sendiri.

Kelemahan utama diri kita sebenarnya bermula dalam minda. Sekiranya minda sudah mengalah pada awalnya, maka, sebelum mengambil apa jua tindakan, badan kita sudah tidak bertenaga kerana tidak yakin dengan apa yang kita boleh lakukan.

Untuk mengubah kejayaan kita, kita perlu mengubah aksi diri kita dan aksi diri kita bermula dengan minda kita supaya tidak berfikir negatif!

Negatif terhadap orang lainTidak cukup dengan negatif pada diri sendiri, sesetengah kita sering memandang negatif terhadap orang lain. Mungkin perasaan buruk sangka, iri hati atau atau tidak puas hati dengan kejayaan yang dicapai oleh orang lain.

Apa yang akan terjadi adalah secara tak sedar, kita akan kaitkan "kejayaan" dengan perkara-negatif oleh kerana itu yang telah dikaitkan pada orang lain. Ertinya, minda kita akan rasa sekiranya kita mencapai kejayaan, orang lain akan buruk sangka pada kita, iri hati dan tidak berpuas hati- dan ini akan menghampakan diri kita untuk mencapai kejayaan sendiri.

Pastinya dengan perasaan sebegini secara tak sedar, kita juga tidak 'mahu' untuk capai kejayaan dan sering menyalahkan orang lain!



Wang ANDA dan KELUARGA!

Artikel Pilihan:  Wang ANDA dan KELUARGA!

Oleh: Irfan Khairi

Dalam soal kewangan, keluarga memainkan peranan penting. Tidak cukup, seorang isi rumah sahaja yang peka dengan kewangan, tetapi sekiranya suami, isteri atau anak-anak tidak mengambil berat soal menjaga kewangan keluarga, pastinya gagal juga mencapai matlamat kewangan anda.

Sudah berlalu zaman "tak baik cakap pasal duit" dalam isi rumah. Suami dan isteri perlu tahu apa matlamat kewangan masing-masing, dan anak-anak juga patut ambil tahu kepentingan kewangan dalam keluarga.

Ketika anak masih kecil, biasakan sikecil menabung. Tidak semestinya mereka tahu jumlah wang, tetapi memadai apabila anda pulang dari rumah, dan mempunyai beberapa duit syiling dalam poket, berikan kepada anak kecil anda untuk masukkannya ke dalam tabung. Setiap hari, ibu atau ayah pulang dari rumah, anak memasukkan duit syiling ke dalam tabung.

Apabila anak semakin besar, beri peluang kepada anak untuk mula "buat duit" dari rumah. Mungkin tidak dengan cara aktiviti rutin harian seperti membasuh pinggan mangkuk selepas makan malam atau keluar buang sampah dan memebersihkan rumah- kerana aktiviti ini sepatutnya menjadi aktiviti keluarga. Tetapi, dengan memeberi upah pada kerja-kerja yang mungkin dilakukan seminggu sekali seperti mencuci kereta, mengemaskan laman dan lain-lain.

Apabila anak semakin membesar dan faham tentang wang, libatkan mereka dalam perbincangan kewangan. Sememangnya tidak perlu memberitahu jumlah atau nilai kewangan secara tepat, tetapi, galakkan mereka berfikir dalam bentuk yang lain. Sebagai contoh, cuti sekolah akan tiba tidak lama lagi, berbincang dengan keluarga perancangan aktiviti yang ingin dilakukan.

Mungkin ingin pergi melancong jauh, sekiranya dalam bajet anda, maka bincang cara bagaimana hendak meminimakan kos melancong. Ataupun ingin pergi di tempat yang lebih dekat dan dapat membelanjakan lebih sedikit wang pada perkara-perkara lain. Beri pilihan supaya anak dapat melihat pilihan hidup yang perlu dilakukan dalam soal kewangan.

Ada juga kes saya sering dengar dimana isteri amat peka tentang simpanan dan menjana pendapatan untuk keluarga, tetapi, si suami pula sering menggunakan wang untuk gajet-gajet serta keretanya. Tidak kurang juga keadaan di mana suami amat ambil berat kewangan keluarga tetapi isteri pula sering membelanjakan pada pakaian dan aksesori. Masalah kewangan adalah isu yang amat menekankan, sehingga menjadi antara sebab perceraian.

Oleh itu, matlamat kewangan antara suami dan isteri perlu sejajar. Satu cara untuk melakukan ini adalah untuk berikan masa setiap mingu untuk memantau kewangan keluarga. Pernah saya menyebut, masalah kewangan adalah seperti masalah kesihatan. Perlu di kesan pada tahap awal supaya tidak merebak dengan lebih teruk dalam keluarga.


RAHSIA JIMAT MASA

RAHSIA JIMAT MASA
Oleh: Irfan Khairi

Masa adalah komoditi yang amat berharga pada zaman ini. Sering kali dilihat, mereka yang berjaya adalah mereka yang agak berumur. Ini kerana, masa telah memainkan peranan dalam mengumpulkan kejayan.

Bagaimanapula rahsia mencapai kejayaan cemerlang di usia yang muda? Jawapannya adalah pengurusan masa yang bijak!

Berikut adalah ringkasan 3 tip yang saya sampaikan:

  • Menetapkan matlamat jangka pendek adalah sebahagian daripada mengurus masa dengan cekap. Tulis apa yang anda hendak lakukan hari ini... esok... minggu ini. Kiranya, matlamat jangka pendek. Aksi menulis tersebut akan membuat kan matlamat jangka pendek kita masuk ke minda separuh sedar kita, dan menjadikan kita lebih cekap dalam menyiapkan apa sahaja kerja yang ditulis.
  • Tulis matlamat di atas pada malam sebelumnya. Kerana, ketika tidur pun, apa yang kita rancangkan untuk esok akan bermain di kepala kita dan membuatkan kerja tersebut lebih mudah untuk dilaksanakan dengan cepat.
  • Fikirkan kesengsaraan atau berita buruk yang akan terjadi sekiranya kerja yang kita ingin lakukan tidak siap. Manusia adalah insan yang beremosi. Kita melakukan sesuatu kerana inginkan kebahagiaan, dan mengelakkan kesengsaraan. namun, keadaan emosi "mengelakkan kesengsaraan" adalah lebih kuat untuk memotivasikan kita melakukan kerja dengan lebih cekap.