Pages

Hanifa wif luv��

Hanifa wif luv��

BAJET JADI JUTAWAN

BAJET JADI JUTAWAN
Oleh: Irfan Khairi

Sering kali, mereka yang digolongkan sebagai 'jutawan' mempunyai matlamat kewangan yang besar dan jelas, merangkumi matlamat menyimpan, matlamat melabur dan juga matlamat mengembangkan lagi kekayaan mereka.  Mereka percaya bahawa wang yang disimpan, adalah satu pendapatan.

Langkah permulaan bagaimana mereka boleh mereliasasikan matlamat ini, adalah dengan mempunyai bajet. Asas kepada bajet adalah dengan "bayar diri sendiri" 10% dari pendapatan kita terlebih dahulu setiap bulan sebelum membelanjakannya. Dengan cara ini, kita memastikan simpanan 10% tidak diusik sebelum membelanjakan baki pendapatan bulanan kita.

Sekiranya gaji kita dapat adalah RM3,000, maka, pastikan simpan RM300 terlebih dahulu sebelum menyentuh baki RM2,700 untuk perbelanjaan yang lain.

Ada juga yang kata, nak simpan 10% dari gaji bulanan pun susah sebab duit tak akan cukup .Bagaimana pula dengan ini?

Nasihat saya, sekiranya sukar menyimpan 10%, mulakan dengan kecil. 1% juga memadai. Sekiranya gaji RM3,000, takkan tak boleh simpan RM30 dulu kan? Sehingga kita selesa dengan menyimpan 1% terlebih dahulu, naikkan pula simpanan kepada 2% (RM60), kemudian 3% (RM90), kemudian 4% (RM120) sehingga kita rasa mudah dan selesa menyimpan 10% (RM300)!

 
Cara seterusnya untuk bajet diri sendiri adalah, kita perlu bajet wang selebihnya untuk perbelanjaan harian.


Bajet besar tetap, seperti bayaran kereta, rumah dan bil telefon bimbit sering kali adalah bajet yang mudah dilakukan. Namun, yang susah dan sering "terlari bajet" adalah pada perbelanjaan berubah seperti makan minum, membeli belah, hiburan, dan perbelanjaan-perbelanjaan kecil lain. Sikit-sikit, lama-lama jadi juga bukit!

Sediakan beberapa balang kosong untuk setiap perbelanjaan berubah anda, dan labelkannya. Contoh, satu balang di labelkan "Makan & Minum", balang kedua ditulis "Pengangkutan", balang ketiga "Hiburan", balang ke empat "Pakaian/hadiah" dan balang ke lima "lain-lain".

Berdasarkan perbelanjaan kasar bulan-bulan yang lepas, masukkan sejumlah wang tunai ke dalam setiap balang tersebut- ini adalah bajet bulanan anda!

Apa yang anda perlu lakukan adalah biasakan diri untuk membelanjakan hanya wang di dalam balang bajet anda sahaja dan tidak lagi mengeluarkan wang dari simpanan anda. Sekiranya bajet dalam satu balang telah habis, dan anda perlu menggunakan lagi wang untuk tujuan balang itu, apa yang anda boleh lakukan adalah, ambil dari balang yang lain - gunakan bajet lain, tetapi ingat, amat penting untuk tidak mengeluarkan dari simpanan lagi.

 Wang yang disimpan, adalah pendapatan juga!



No comments:

Post a Comment